Monday 5 January 2009

Warkah Dari Fahim;sahabat

It’s the beginning of a new year. Hmmm. The fresh air of promising future that lie ahead of us all. Just to answer the call of the very owner of this blog, I’ve decided to write the rest of my post in Malay.

“Adakah kita yang terlupa, atau manusia itu sendiri yang sentiasa perlu diingatkan dari semasa ke samasa? Saban hari, kisah bumi Palestin yang menyayat hati tak pernah lekang daripada menghiasi media massa. Alkisah kekejaman rejim Zionis yang bertindak bak haiwan yang tidak mempunyai akal mahupun perasaan. Bedilan demi bedilan menghujani tanah Palstin. Pergolakan yang tidak pernah Berjaya menemui jalan penyelesaiannya. Apakah episode kezaliman ini tidak aka nada titik noktahnya?

Sudah pasti kita semua sudah kerap mendengar tentang suatu semangat, suatu perjuangan yang amat tinggi darjatnya di sisi Ilahi dan dijanjikan ganjaran yang tidak ternilai oleh Yang Maha Esa. Semangat jihad. Laungan serta seruan jihad sebenarnya tidak pernah sesekali malap, malah nyalaan semangat ini sentiasa wujud, marak membara di sanubari insan-insan yang beriman. Erti katanya yang sebenar cukup mendalam sama sekali. Jihad meliputi segenap aspek kehidupan. Bagi yang benar-benar ingin berjihad, hati dan jiwa mereka perlulah suci, penumpuan dan segala ketentuan mereka diserahkan bulat-bulat bagi mengabdikan jiwa raga ke arah menyahut seruan ini.

Wahai insan, usahlah dikau terburu-buru mengangkat senjata, menghunus pedang serta mengibarkan panji bahtera perangmu. Ingatlah bahawa perjuangan tanpa persiapan yang rapi ialah perjuangan yang hanya akan membiarkan titisan air mata ibumu membasahi pusaramu tanpa sebarang makna. Jikalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga. Bertenanglah dan berfikir sejenak.

Tiada sebarang kejayaan yang akan tercipta mahupun pernah terpahat di dalam lipatan sejarah hidup manusia tanpa ilmu. Persiapkanlah dirimu terlebih dahulu wahai orang muda. Tuntutlah ilmu sebanyak dan sedalam yang engkau mampu. Penuhi dadamu itu dengan kefahaman tentang hakikat dan keilmuan dunia ini serta akhirat. Lengkapkanlah pakaian perangmu itu dengan kemahiran yang perlu. Kuasai segala ilmu yang termampu dan beramallah dengannya. Perbaikilah dirimu itu.

Elokkan dahulu akhlakmu, tunaikanlah tanggungjawab yang digalas sebelum engkau pergi memikul beban tanggungjawab di bumi Islam yang lain. Jagalah setiap tuturmu. Dan yang terutama sekali engkau peliharakanlah segala ibadahmu. Berdoa sentiasa. Ikhlaskan hatimu dan tundukkanlah nafsu yang seringkali membelenggu setiap gerak-gerimu.”

>Warkah peringatan buat insan<
Fahim Adwa

No comments:

free counters
see the boxes at the bottom (of the post) ? Tick one if you have the time. Because if the genre is disliked, similar posts won't be done. thanks. btw fuck nuffnang.