Friday 17 July 2009

Ingat Tak Zaman Dulu

Kerana PPSMI sudah dimansuhkan (tetapi realitinya, ia masih sedang dipraktikkan, kerana hanya pada 2012 akan betul-beul dimansuhkan), maka post ini akan ditules dalam Bahasa Ibunda, atau Bahasa Melayu

Jadi saya ingin berkongsi kisah zaman dahulu, yang masihku ingat,dan agak segar dalam memoriku. Ianya berlaku dalam sekitar 1995, pabilaku masuh umur mentah, yakni 4 tahun. Di kala itu, aku masih di tadika.

Aku ke tadika berpakaian seperti kelasi dari kartun, baju puteh, ada belang biru di kolar. Di kala itu, rambutku disikat ke tepi, muka masih licin seperti punggung bayi, dan mata masih putih, gigi masih rongak. Begitu contrast dengan sekarang. (mata merah, gigi mantap sekali, handsome lol).

Aku ke tadika menaiki van, penuh dengan kanak-kanak lain
yang segenerasi denganku. Rakan karibku merupakan sepasang kembar, (maaf kerana tidak ingat nama), mereka hitam manis, dan juga merupakan jiran tetangga. Kerana ibuku mendidikku dengan begitu mantap (dan sempurna), belajar di Tadika mudah. Sekadar A B C dan 1 + 5. Ianya seronok, kerana aku dapat menumpukan perhatian pada bermain-main dan berborak tentang Episod Ultraman pada hari sebelumnya.

Petang pula lumba basikal di jalan yang lurus, di mana rumahku terletak. Ibu telah membuat peraturan (yang sering dipertikaikan); iaitu tidak boleh turun ke tanah sebelum pukul 6 petang. Berdegup kencang jantung menunggu 5.50 (kerana curi-curi keluar awal).

Malam, sekeluarga ke Pizza Hut, menyambut Abang yang telah mendapat tempat pertama untuk peperiksaan. Itulah Abang di mataku, sentiasa nombor 1, peperiksaan nombor satu, jawatan Ketua Pengawas, sememangnya idola.
Jika hari lain, kita ke Warta, membeli-belah dan menambah barangan keperluan harian. Kemudian ke warong untuk dinner. Ayah order teh tarik, menjadi Trademark-nya ketikaku kecil, air itu sinonim dengan perkataan Ayah.

Petang pada hujung minggu Ayah menonton Televisi. Pabila Abang sangkakan Ayah tidur, dan menukar saluran @ channel di Televisi, Ayah pun "oih jangan tukar!". Seperti magis, dengan matanya pejam pun Ayah bisa menonton Televisi. Sesuatu yang menakjubkan.
Sekali sekala abang ke kedai (yang berhampiran), untuk membeli Benson Hedges 20 (rokok orang tua yang berat lagi padat). Ketika itu Ayah heavy smoker, iaitu menghisap sekotak rokok atau lebih dalam tempoh sehari.

Namun begitu, kita masih sekeluarga, masih gembira. Ke pasar pagi atau Pasar Selayang, hanya aku, kakak, dan Abang serta Ayah menaiki motor (aku dalam bakul, Abang di belakang (membonceng), Kakak di tengah, Ayah bawa motor.
Di warong, ayah menyalakan sebatang Benson & Hedges-nya. Segera aku menjerit- "ayah buat 'O'!! Buat 'O'!! " dan Ayah pun menghembus sekepul asap berbentuk cincin.

Itulah kenangan. Yang kini aku kenal seperti impian. Lol. DIck. Dick. Dick lol.

1 comment:

IZI said...

weyh!!

tibe2 je DICK....hahahahahha

btw...sape sape sgt yg lancau maen laptop ko tuh....bdk bilik ko mmg pelik2 dowh...sbb tu aku x berani nak masuk bilik ko skrg....lol

free counters
see the boxes at the bottom (of the post) ? Tick one if you have the time. Because if the genre is disliked, similar posts won't be done. thanks. btw fuck nuffnang.