Saturday 10 October 2009

Sememangnya Ianya Kechil

hari itu, saya menaiki kereta ke Kolej. Hari tersebut hari yang agak muram, awan-awan berkepul berbaris di langit di kala pagi. Aku menjenguk ke kanan, Saadoun @ (bloody Sakdoun) sedang membaca Quran, Kamil di kiri melayan laptop. Aku melayan jiwa. Torrent DoTA 1.24 tersekat di 99.8%, lantas menzahirkan perasaan bengang.

Aku ke Kolej, dengan sahabat-sahabatku. MyVi tidak sama dengan Wira dahulu, aku tidak selesa dengan kereta tinggi dan berbentuk kotak ini.

FAST FORWARD

Sekarang rehat, aku pun sedang bosan. Machatraamalley kelihatan bosan juga. Semua orang bosan. Kecuali seorang. Yakni Tze Yong, atau sebutan guru Fizikku, DerZee Youngh. Mengapa dia tidak bosan seperti yang lain? Sedangkan kita melepak dan belajar dalam ruang yang sama?

Aku melihat ke telinganya, AH! Itu DIAH earphone headset, rupa-rupanya Tze Yong sedang mendengar lagu. Jika bosan, aku akan segera pergi mencari orang untuk dikacau, maka jelaslah mangsa aku pada hari tersebut si Tze Yong.

Aku pergi ke arahnya, (di berada di koridor kelas), lantas menegurnya.
"Weh DezEE Yongh, kamu dengar lagu apa?" (Tze yong hanya bisa berbahasa Melayu secara baku)

"Hey Mr Luuuuuuuut, Alah, kamu tak dengar lagu ini, ini lagu Cina!"

Aku pun mencari cara sempurna untuk berkongsi earpphone dengannya!

"weh, kamu pun tahu Caller Ringtone saya kan? HA! Saya pun dengar lagu Cina lah, Apa lah kamu ni"

(ini memang dialog yang berlaku antara diriku dan Tze Yong, kerana kami memperjuangkan Bahasa Ibunda)

Aku pun mengambil earphonenya, lantas cuba mendengar lagu yang dia sedang menjiwai, TETAPI...
...
..
.
Aku tak dapat mendengar apa-apa pun? Mengapa? Seraya aku bertanya pada Tze Yong
"Hey, apa sal (pronounced Apa Sahr) lagu ini  tak dapat dengar?"

"Eh, ada la.... Telinga kamu kecil... memang la tak dapat dengar.."

Aku dan Machatramalley pun bergelak, mengapa dia berkata Telinga aku Kecil?  ?? ???
Itu ada apa yang aku ingat dari hari Rabu 7/10/2009....

3 comments:

izi said...

pelik2 bdk alg nih....hahaha....no offense

farhanahizani said...

Tze Yong sungguh comel :D

Deera Zahrin said...

update lagi.your post semua crack.i like:)

free counters
see the boxes at the bottom (of the post) ? Tick one if you have the time. Because if the genre is disliked, similar posts won't be done. thanks. btw fuck nuffnang.