Shafik Hamzah (maaf jika ejaan tak betul)
Dulu di Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya Puchong-SKJPJ(lol Puchong diulang 2 kali) dia itu sungguh peramah. ada banyak syafik, syafik mohamad, syafiq azman, namun shafik ini istimewa, kerana dia telah menegurku.
Ah, dia sebaya, kutak tahu bagaimana hendak mengeja nama dia, kerana hanya beberapa bulan 'kamcing' dengannya. Dulu masuk-masuk saja SKPJP tidak seorang pun kukenal, kakakku sesi pagi, aku pula sesi petang, aduhai-dugaan.
Bahasa Melayuku berterabur, buruk nak mampus, maka Efi, pengawas yang kacak ditugaskan menjagaku, Efi Fathy (maaf jika jan takk betul). Sebelum Sekolah bermula lepaklah dahulu di bangku-bangku besi di kaki lima, tanpa kawan. Datang seorang budak Melayu, rambutnya ada inai-inai sedikit, suara serak sedikit, nakal mukanya.
"weh, apa nama kau? kau anak guru besar baru ye..."
aku pun menjawab "lotfi nama saya" (lol skema sungguh).(dalam loghat orang putih pula tuh). shafik gelak akan loghatku, dia tidak mengutuk, cuma gelak, aku yang tidak sedar loghatku begitu pun ingat dia suka akanku, ah, lucu sungguh, memalukan. Dia pun membawaku ke 'gang'nya, di mana aku disuruh memperkenalkan diri, sekali lagi, aku menuturkan kata-kata dalam loghat orang putihku, mereka bergelak sampai merah padam muka masing-masing, ah, aku segan, namun aku mendapat peluang mencari rakan, alhamdulillah, rezeki datang dalam pelbagai bentuk.
Setelah berkali-kali digelakkan kerana loghat, akhirnya shafik hamzah menerimaku dengan baik, tidak lagi dia ketawakan aku. Aku bangga dan bersyukur dia menegurku, ketawanya bergema dalam memoriku. Segalanya menggamit memori, nostalgia. Ah shafik hamzah, aku berhutang budi denganmu, dan juga gang kamu, atau juga gang 'kita'. ah shafik.... di mana kau....
=..)