Sunday, 17 May 2009

Unhappy Lot

Please allow me to blog in malay for it is easier to express my feelings in this language.

Saya kira ramai menggangap tajuk blog saya semata-mata sebab saya ada keratan surat khabar yang sama dengannya. namun hakikatnya tidak begitu. hakikatnya dewasa ini hidup lain berbeza dengan zaman dulu, zaman sekeluarga ke 'Lake Garden' untuk memberi makan kepada kura-kura. Zaman sekeluarga ke Pizza Hut menyambut kejayaan abang mendapat tempat pertama (buat kali keberapa ntah) dalam peperiksaannya.

Sekarang hidup, 'lain'. Tengahari bangun, ke bilik kakak; dia tiada. Abang tiada, cuma pabila menyemak panggilan-panggilan 'missed calls' ada satu darinya. Ibu entah ke mana, cuma duit ditinggalkan. On YM, bersama malik. Goreng nugget, drummet sudah habis. 

Unhappy;
Hari ini saya bercadang ke Aeon Jusco untuk membeli baju, untuk ke Asasi. Banyak pula syaratnya, terutamanya dari segi pemakaian. Jadi pada pagi esok, atau pagi ini,  kubercadang untuk meminta wang dari ayah. Sudah lama duit takku minta, hadiah SPM (meski kutidak layak menerima apa-apa) kubelum tuntut. mungkin hari ini bolehku minta wang sedikit, untuk membeli kemeja G2000 pertama mungkin. ya, mungkin. =)

Namun;
Pabila ke dapur, untuk mengambil air, sambil Aiwa Kamal Aripzahlan Kemir menonton televisi,  ibu berkata
"ayah pergi pineng la lot". 
Ketika itu ada juga perasaan aku mahu marah, kerana die tidak memberitahuku, dan juga dia menghancurkan rancanganku. Namun itu perkara remeh. Ah, biarlah perkara itu berlalu.

SEBAB
Hari itu pernah kudibantai oleh ayah, dan ketika dibantai, aku menyebut
"susah sangat ke ayah mahu sms mengatakan ayah mahu pergi sekejap?"
(sambil menangis teresak-esak)
dan ketika itu, aku dan ayahku bertukar-tukar pandangan, dan dia berkata dia akan menghantar sms jika mahu tidur di luar rumah, jika ke kursus, dsb.
kali pertama memang dia menghantar sms, menyatakan mahu ke penang
kali kedua dia melanggar perjanjian, untuk keindon
namun kali ini, aku kecewa. jelas dia lupakan aku. sama ada terlupa akanku atau melupakan aku, tak inginku fikirkan.

aku tidak kisah dibantai hari itu, kerana dia sudah menjanjikan bahawa akan memberitahu dia akan pergi kali seterusnya. jelas janji itu janji kosong. menanam tebu di tepi bibir. aku meneguk kencingnya. sia-sia aku dibantai. aku tidak marah. dia bapaku, yang membawaku ke sini, ke dunia. aku kecewa. kita ada perjanjian. tidak ku kesah wang tiada, komunikasi entah apa-apa, namun janji pabila dilanggar; itu sudah membuat kukecewa

ini antara sebab aku unhappy. hal remeh aku tidak kesah. biarlah biasiswa dan apa yang lain, perkara itu datang dan pergi. namun pabila ayah pergi, mungkin tidak akan kembali. itu sudah lain cerita. dan itu yang aku risaukan.

3 comments:

Farhanah Izani said...

u'll do just fine, in fact, u'll do great on ur own tho it would be nice if dad is thr to support u.

but u'll be ok tau?

build a new life nnt in uni.
jgn give up or rebel or wtv.
prove to him tht it's his lost buat whtevr he did.

[ sorry bebel ]
: )

Malyque (عبد الملك محمود مناف) said...
This comment has been removed by the author.
Malyque (عبد الملك محمود مناف) said...

ur missy's right kowt...

oit fi, wtv it is arh...i'll always be here forever to bullshit2 ngn kau, huhu...just buzz me (klau aq x tido, at class...or dead, hehee)~ (sorry smlm i can't help it...ngantowk gglewh)

free counters
see the boxes at the bottom (of the post) ? Tick one if you have the time. Because if the genre is disliked, similar posts won't be done. thanks. btw fuck nuffnang.